Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tidur suatu keperluan kepada manusia untuk berehat dari melakukan aktiviti harian . Ianya membantu memulihkan kembali tenaga dan pembentukan sel baru tetapi janganlah sampai berlebihan. Mengapa perlu tidur seketika? Tahukah anda tidur seketika di waktu siang hari sangat banyak kelebihannya. Bilakah waktu yang sesuai untuk kita melelapkan mata seketika? Anda perlu meluangkan 20 minit waktu anda untuk tidur seketika di waktu rehat tengahari. Waktu yang dicadangkan antara jam 1.00pm - 2.00pm. Kelebihannya Berikut adalah 6 kelebihannya : Penambahbaikan emosi - setelah penat memerah otak sejak awal pagi otak kita perlu di rehatkan seketika. Umpama komputer yang kita set ke mode sleep seketika begitulah juga dengan otak manusia perlu direhatkan atau refresh .Meningkatkan tenaga - tenaga yang telah di gunakan separuh hari perlu di caj semula dengan tidur seketika. Sangat berkesan.Meningkatkan prestasi kerja - bila otak dan badan …