Assalamualaikum dan salam sejahtera Minggu ini sekolah berasrama penuh dan juga sekolah rancangan khas berasrama mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 dari segenap pelosok tanah air. Inilah waktunya mak dan ayah juga turut sama terkesan emosinya meninggalkan anak memulakan kehidupan baru di asrama masing-masing. Aku senyum sendirian bila terkenangkan kisah dan karenah anak-anak yang telah melepasi fasa kehidupan di sekolah berasrama penuh kerana aku dulu juga merupakan lepasan pelajar sekolah berasrama. Kisah kami dahulu lagi mencabar kerana seingat aku mak dan ayah hantar aku masuk ke asrama selepas itu memang tidak pernah mereka datang menjenguk. Semuanya bergantung sepenuhnya kepada pelajar senior dan warden asrama. Maklumlah dahulu sekolah berasrama ini memang ditubuhkan untuk golongan anak-anak luar bandar yang agak cemerlang dan ada potensi menjadi pelajar cemerlang. Coretan pengalaman Kita tinggalkan kisah aku itu dahulu, yang aku nak coretkan kali ini …
Continue Reading about Tips menangani cabaran anak meragam bila masuk asrama