Assalamualaikum dan salam sejahtera Pemancing ni pantang ada je cuti mesti nak turun bergasak, tak dapat turun ke sungai atau ke laut di kolam berbayar pun jadilah. Sampai satu masa aku perli kawan aku, kau ni pantang nampak air bertakung mesti nak mancing. Tu lopak kat jalan depan aku ada pergilah mancing. Hahaha marah kawan aku tu.Apa yang best sangat dengan memancing? Aku pun kaki pancing juga tetapi bukanlah jenis hardcore cukup sekadar melepas gian sekali sekala. Kaki pancing sanggup berhabis ribuan ringgit membeli peralatan pemancing semata-mata untuk mendapat kepuasan. Pelikkan apalah salahnya kalau cukup satu set sahaja, pancinglah di mana pun janji dapat ikan betul ke? Salah tanggapan Salah tanggapan tu kata seorang kaki pancing tegar, kau kena tahu setiap kawasan memancing ada set yang sesuai. Contohnya kalau kau memancing di sungai daya tarikan ikan sungai tak ganas macam di laut. Di laut walau ikan seberat sekilogram tetapi tarikan dia ganas lain macam. Jadi …