Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan bila berkumpul sekeluarga ialah makan-makan. Nak lagi jimat kita buat sesi bakar membakar atau orang panggil BBQ. Bahan-bahan boleh di dapati di kedai frozen atau pasaraya tetapi kali ini aku memilih untuk membeli di kedai frozen. Senang banyak pilihan dan lagi best boleh minta khidmat nasihat percuma dari peniaga kedai. Dengan berbekalkan budget RM150 banyak yang kita boleh beli seperti bebola daging, ayam dan juga sayuran untuk di jadikan aksesori pelengkap. Kali ini kami mencuba bebola daging import itu pun hasil saranan pekedai katanya sedap dan lembut dagingnya. Susahnya nak suruh hidupkan api bara Yang selalu menjadi masalah apabila nak menghidupkan bara api dari arang. Masing-masing menolak bila disuruh alasan susah la nak hidupkan api bara, ialah benda yang jarang kita buat memang la rasa susah kan. Terpaksalah aku tunjukkan skil lama yang jarang aku bagi tau orang. Mudah ajer …
Continue Reading about Cara mudah untuk menghidupkan api bara BBQ