Perubahan cuaca yang tidak menentu banyak mempengaruhi gaya kehidupan kita. Yang paling terkesan adalah anak-anak kecil yang sentiasa terdedah dengan cuaca panas kerana mereka sering bermain di luar kawasan rumah.
Demam ada bermusim?
Ramailah yang berkata sekarang memang musim demam kut, betul ke? Demam hanya dapat di kesan apabila suhu badan meningkat naik, waktu itu mulalah ibu dan ayah panik mencari ubat.
Panas badan yang teruk boleh mengakibatkan serangan sawan kerana itu kita perlu bertindak segera untuk menurunkan suhu badan ke paras normal. Pilihan yang selalu ada ialah ubat, atau dadah rangsangan paling popular : paracetamol atau panggilan paling popular, panadol.
Demam panas berpanjangan akan menyebabkan serangan sawan kerana fungsi otak terganggu.. Risiko kena sawan tarik sangat tinggi dan akan menyebabkan kecacatan kekal pada fizikal, jangan biarkan ia berlaku. Usahalah selain dari perubatan sains di hospital.
Tumbuhan yang tidak popular rupanya berkhasiat
Kali ini aku nak kongsikan satu amalan lama atau petua yang sangat mujarab tetapi jarang digunakan atau di ketahui. Aku pun belajar petua ini dari seorang pengamal perubatan lama semasa merawat anak aku yang di serang sawan.
Caranya agak mudah, cuma nak mendapatkan bahannya agak terhad. Kita perlukan dua tumbuhan yang tumbuh melata. Tumbuhan pertama ialah pokok setawar kampung yang kini jarang di jadikan tanaman hiasan dan satu lagi pokok pisang hutan. Kenal ke setawar kampung? Pokoknya berdaun lebar dan keras serta berlendir, kita perlukan daunnya.
Pokok pisang hutan pula agak mudah untuk di cari kita perlukan bahagian empulur atau bahagian tengah hingga ke umbutnya. Pisang hutan ini banyak tumbuh meliar di tepi-tepi jalan atau kawasan cerun.
Ramas 2 ke 3 helai daun setawar dan potong sepokok umbut pisang hutan tadi masukkan ke dalam sebaldi air. Untuk tambahan jika sekiranya ada boleh di tambah bedak sejuk kedalam air tersebut dan kacau.
Mandikan anak kita di mulai dengan bacaan Bismillah… hingga habis dan selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali. Mohon kepada Allah dan niat di dalam hati untuk membuang panas badan pesakit. Air mandian tidak perlu di lap dibiarkan sahaja kering di badan.
Ilmu dan amalan
Amalan ini jarang di guna pakai dewasa ini kerana salah satu sebabnya pokok setawar kampung sudah sukar di temui. Pokok pisang hutan atau ada juga yang memanggilnya pisang monyet mudah di dapati dan ianya tumbuh sendiri. Selepas ini boleh lah kita mula menyemai benih setawar di rumah kita.
Mandian ini bukan hanya untuk pesakit sawan tetapi boleh juga di gunakan untuk menurunkan panas badan pada bila-bila masa. Selamat beramal semoga beroleh manafaatnya.
Leave a Reply