Assalamualaikum dan salam sejahtera Buntu dan pening kepala, idea berniaga dah ada tetapi masalah paling besar ialah modal untuk bermula. Di mana nak cari modal yang tidak membebankan dan bermula dengan seminimum mungkin. Zaman sekarang ada pelbagai peluang berniaga sama ada secara dalam talian (online) atau gerai dan sebagainya. Berbagai produk ada di pasaran yang telah tersedia secara harga borong untuk di pasarkan. Idea cari modal Aku ada beberapa idea yang pernah aku praktikkan seawal aku berniaga dahulu dan rasanya kaedah ini masih relevan terpakai zaman ini. Bermula cari modal dengan : Menjual barangan atau apa sahaja perkakas di rumah kita yang rasanya kurang digunakan dan masih ada nilai. Contohnya basikal lama, mesin jahit terpakai dan ada banyak lagi yang jika kita nilaikan betul-betul barangan itu hanya tersimpan di dalam stor sahaja. Ini semua boleh mendapatkan modal tunai yang cepat dan mudah. Janganlah kau jual pula harta pusaka mak ayah kau tanpa …
Continue Reading about Bagaimana nak cari modal untuk mulakan perniagaan