Assalamualaikum dan salam sejahtera Hati aku sangat mudah tersentuh apabila melihat gelagat insan-insan istimewa yang kadang-kadang menjadi tarikan lirikan mata manusia dan di beri pandangan sinis apabila mereka membuat kelakuan aneh. Ada pula yang menjadikan mereka ini bahan lawak jenaka dan meraih keuntungan dari populariti mereka. Amisha Hani nama di beri 18 tahun yang lalu, sejak lahir seorang kanak-kanak riang dan sihat. Menjadi rebutan ramai sanak saudara kerana rupa paras yang comel dan keletah manjanya sering mencuit hati. Segalanya berubah di ketika usianya 3 tahun, entah di mana puncanya anak ini di serang sawan secara tiba-tiba. Tabiat manja Kini Misha anak istimewa aku, sudah mencecah 18 tahun usianya. Sangat manja dengan aku pantang hilang dari mata merata dia mencari aku. Andai aku bekerja luar kawasan dan tidak pulang malam, sampai tidurlah dia asyik menyebut haa ayah balik, ayah balik setiap kali kedengaran kenderaan melintas di depan rumah. Rindu sangat …