Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan bila berkumpul sekeluarga ialah makan-makan. Nak lagi jimat kita buat sesi bakar membakar atau orang panggil BBQ.
Bahan-bahan boleh di dapati di kedai frozen atau pasaraya tetapi kali ini aku memilih untuk membeli di kedai frozen. Senang banyak pilihan dan lagi best boleh minta khidmat nasihat percuma dari peniaga kedai.

Dengan berbekalkan budget RM150 banyak yang kita boleh beli seperti bebola daging, ayam dan juga sayuran untuk di jadikan aksesori pelengkap. Kali ini kami mencuba bebola daging import itu pun hasil saranan pekedai katanya sedap dan lembut dagingnya.
Susahnya nak suruh hidupkan api bara
Yang selalu menjadi masalah apabila nak menghidupkan bara api dari arang. Masing-masing menolak bila disuruh alasan susah la nak hidupkan api bara, ialah benda yang jarang kita buat memang la rasa susah kan.

Terpaksalah aku tunjukkan skil lama yang jarang aku bagi tau orang. Mudah ajer sebenarnya, yang kita perlukan sedikit bahan penghidup api seperti tiub tayar basikal contohnya atau apa sahaja bahan getah. Kalau ada getah gelang pengikat bungkus roti canai pun boleh.
Mula-mula pecahkan kepingan arang supaya menjadi kecil dan bakar getah tiub basikal tadi. Susunkan arang yang di pecahkan tadi secara berselang supaya ada ruang udara. Biarkan lebih kurang 5 ke 10 minit untuk api mula membakar arang.
Berpeluh dan semput nak bagi jadi bara
Kebiasaannya orang akan mengipas untuk menjadikan api marak dan lagi cepat bara terhasil. Ada cara yang lagi mudah dan cepat, nak tau apa dia? Gunakan mesin pengering rambut !
Pasang mesin pengering rambut dan halakan ke arah arang yang terbakar tadi. Zass..sepantas kilat api marak dengan cepatnya, tempoh 5 minit sahaja dah jadi bara.

Tak perlulah tercungap-cungap semput nak mengipas api bara yang kadang-kadang mengambil masa sampai berjam. Bara akan terhasil dengan cantik dan sekata, nah siap dah bara api BBQ kita.
Sesi BBQ yang santai dan efisien
Mulalah sesi membakar dan sekali sekala boleh lah di blow bara itu supaya api sekata dan yang pastinya kerja BBQ menjadi suatu yang best dan cepat. Anak kecil pun boleh buat bara api. Tiada alasan lagi kan.

Kesimpulannya kalau ada mesin pengering rambut yang lama tu jangan di buang boleh di gunakan sebagai pembantu peribadi di sesi bakar membakar. Cubalah, mudah cepat dan berkesan.
Cuba ambil tisu dan celupkan 3/4 dlm lebihan minyak masak yg digunakan. Kemudian nyalakan api dibahagian yg kering. Dan masukkan dlm longgokan arang dibahagian bawah. Api tahan lebih lama.
Tips bagus juga. Terima kasih